3 Cara Naikkan Follower Tiktok Dengan Senang

Soalan yang selalu orang tanya…

Macam mana nak naikkan follower tiktok?

Yep…

Ada ke cara naikkan follower TikTok dengan senang?

Ya.. ada!

Boleh guna cara ni.

Stitch video dengan orang

Ambil video yang tengah viral, dan buat komen video anda tentang benda tersebut

Komen JAWAPAN SALAH pada video orang

Wait what?

Haah. Betul.

Ada satu benda menarik yang saya perasan terjadi. Ni terutama sekali dalam komuniti programmers.

Contohnya macam ni:

Selalu programmer akan tersangkut dalam masalah programming kan?

Jadi kita akan tanya soalan kepada orang.

Dan cara nak bagi orang engage dengan soalan tersebut? Bagi jawapan yang salah.

Somehow, orang suka membetulkan orang lain.

Jadi bila tu terjadi, kita akan dapat jawapan yang betul.

Konsep sama juga main dengan TikTok ni.

Bagi jawapan yang salah.

Ini bagi orang engage dengan kita.

Kemudian dia akan tengok profile anda.

Dan ada kemungkinan dia akan jadi follower.

Tapi kena pandai-pandai la buat ni.

Tak boleh merapu sangat!

Tip ketiga yang saya nak share? Yang ini pula.

Konsisten Upload Video

Ini nasihat untuk orang yang malas buat video.

Macam saya.

Tapi ini memang cara naikkan follower TikTok. Dia susah sikit… tapi ia berkesan.

Saya malas betul nak buat apa-apa video. Susah betul rasa. Jemu!

Tak tahu nak buat macam mana.

Tapi saya terpaksa paksa diri saya. Untuk buat video.

Saya pasti yang video-video yang saya buat di TikTok akan teruk.

Dan orang bila tengok akan tengok sekali lalu dan swipe ke atas untuk tengok video lain.

Tapi perlahan-perlahan… saya percaya skill saya akan meningkat. Daripada hanya video record semata-mata. Saya akan edit. Kemudian saya akan pandai membuat blok blok video.

Itu akan membuatkan saya semakin pandai.

Dan bila dah banyak video yang saya buat… saya akan pandai buat video.

Mungkin lepas 100 video, ia akan jadi sangat baik.

Saya baca yang kita perlu upload 300 video sebelum TikTok “menghadiahkan” kita dengan FYP.

Tapi bila kita fikir “macam mana nak buat video yang lebih baik”, kita akan fokus kepada naikkan skil kita sahaja.

Tak kisah sangat masuk FYP ke tak.

Yang penting makin lama makin pandai kita buat video.

OK 3 tips ni?

Ni tiga cara naikkan followers tiktok anda.

Ada cara lain yang anda tahu? Komen di bawah ye!

Oh saya juga selalu share tips marketing dalam channel saya. Jangan lupa tengok!

https://t.me/tulisadsonline

Dan… jangan lupa subscribe channel TikTok saya! 🙂

https://www.tiktok.com/@arahmansamad


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.