Mencari contoh ayat power tarik pelanggan terbaik yang anda boleh pakai hari ini?
Di dalam blog post ini saya akan berikan beberapa contoh yang saya rasa dapat membantu anda untuk membuat ayat promosi terbaik untuk mempromosikan produk anda melalui WhatsApp ataupun Facebook.
Sebelum tu, saya nak minta anda boleh subscribe channel Telegram saya.
Dalam tu saya share macam-macam teknik copywriting dan pengiklanan yang boleh senangkan kerja anda buat ayat menjual dan ayat marketing. Klik je link di bawah ni:
Sebelum kita tengok contoh ayat power tarik pelanggan, saya ingin bercerita kepada anda struktur ayat iklan yang menarik.
Ini penting. Struktur yang baik membolehkan idea anda menyerlah. Pembaca pun jadi senang faham dan nak beli produk anda.
Apa struktur iklan yang menarik orang untuk membeli?
Iklan yang menarik ni, dia sama seperti movie yang mempunyai plot. Ia mempunyai jalan cerita yang menarik. Tak kira apa genre pun, ia tetap mempunyai formula tersendiri. Cerita hantu. Cerita romantik. Cerita thriller. Semuanya.
Perasan tak?
Kebanyakan cerita akan cerita bagaimana ia bermula, bagaimana watak utama berkembang, kemudiannya jatuh, kemudianya bangkit dan akhirnya menang.
Filem cinta pun sama.
Hero jumpa makwe.
Gaduh dengan makwe.
Watak ketiga muncul.
Hero gaduh dengan watak ketiga.
Hero menang (sebab watak ketiga orang jahat).
Makwe perasan dia suka hero.
Hero dapat makwe.
Habis cerita.
Sama juga dengan iklan yang power.
Ada lenggoknya sendiri. Cara buat copywriting pun menarik.
Iklan produk yang terbaik ada jalan ceritanya tersendiri.
Ia berkesan untuk menarik orang memberi perhatian kepadanya.
Contoh:
Prospek rasa sakit belakang.
Dah jumpa dan cuba produk macam-macam.
Dia rasa frust.
Kemudiannya dia jumpa produk anda.
Dia beli produk anda. Kemudiannya sakit belakang dia dah elok. Dia gembira.
Itu jalan cerita iklan yang boleh anda buat.
Ha dapat idea sikit macam mana nak buat? Bagus!
Nanti boleh tengok tengok contoh ayat power tarik pelanggan dekat bawah ni.
Di bawah ni saya link kan semua contoh ayat promosi produk yang boleh anda boleh dapati dari website ni, termasuk lah kek, cookies dan segala jenis makanan!
Boleh gunakan ayat menarik pelanggan ni sebagai ayat teaser produk makanan yang anda jual juga.
Selamat menciduk ilmu dan jangan lupa subscribe Telegram channel saya untuk lagi banyak info copywriting!
Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan Beli Makanan – kalau nak tengok contoh ayat promosi makanan online, boleh tengok ni.
Contoh Ayat Power Jual Baju Dewasa
Contoh Ayat Promosi Baju Budak
Contoh Ayat Promosi Baju Kerja Wanita
Contoh Ayat Promosi Essential Oil
Contoh Copywriting Kambing Perap
Contoh Power Copywriting Kambing Perap #2
Contoh Ayat Promosi Makanan #1
Contoh Ayat Promosi Makanan #2 (PKP Style)
Contoh Copywriting Makanan (Satay)
Senarai Contoh Copywriting Baju
Tips Untuk Pastikan Anda Boleh Gunakan Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan Ni Sebaik-baiknya
Susah ke sebenarnya nak pastikan orang untuk terus membeli daripada kita?
Sebenarnya tak.
Orang yang baca iklan anda tu pun sama macam anda.
Cuba fikir balik macam mana anda teringin nak beli sesuatu?
Kebanyakan masa kita tak lah tengok dan terus teringin nak beli kan?
Kita dah kena berkali-kali ‘diserang’ oleh iklan tu baru lah kita rasa nak beli… kan?
Tu berkali-kali baru rasa nak beli.
Jadi nak tak nak, anda kena ikut formula. Formula lama A.I.D.A tu masih lagi berkesan. Cuma cara nak tarik pelanggan tu mungkin berbeza mengikut medium.
Tapi psikologi manusia masih lagi sama. Nak promote masih lagi menggunakan perkataan dan bukannya brain wave. Haha.
Apa tu AIDA?
Attention. Perhatian. Dapatkan perhatian pembaca.
Interest. Minat. Tarik minat orang yang membaca tu.
Desire. Keinginan. Timbulkan keinginan pembaca untuk mencuba produk anda.
Action. Tindakan. Jangan lupa untuk suruh pembaca bertindak. Sama ada isi borang, atau beli sekarang, atau lain-lain lagi.
Kalau anda jumpa formula lain pun takpe. Janji jumpa formula yang kena dengan diri anda.
Kadang-kadang kita takde idea nak buat iklan bukan sebab apa.
Kita tak tahu macam mana nak mula.
Jadi dalam website ni anda akan tahu dengan terperinci bagaimana untuk bermula.
Macam mana nak jual tu.
Bila anda dah tahu cara nak mula buat ayat… makin senang lah anda.
Gunakan contoh ayat power tarik pelanggan ini dengan baik. Tapi kalau nak lagi macam-macam idea…
Cara Buat Ayat Marketing Lagi Senang?
Ha… ni untuk sesiapa yang cari contoh ayat marketing power di facebook.
Macam mana?
Saya buat satu sistem copywriting bernama Tulis Ads.
Tool ini memudahkan usahawan untuk buat copywriting.
Alat copywriting semua dalam satu.
Headline ada. Template CW ada. Ayat saya susun ikut emosi ada. Ayat untuk mulakan iklan pun ada.
Sekarang ni siap ada AI lagi.
Boleh tengok di TulisAds.com untuk maklumat lanjut.
Cara Nak Tarik Lagi Ramai Orang Untuk Jadi Pembeli
Kena sesuaikan apa yang pelanggan nak… dengan apa yang kita tawarkan. Barulah ayat tarik pelanggan kita menjadi.
Apa yang membezakan antara pelanggan dan orang yang tak membeli produk anda?
Ada satu je perbezaan mudah.
Ianya ialah… mereka tidak berniat untuk membeli produk yang anda jual.
(Eish rasa nak hempuk je! Memang la!)
Antara sebab kenapa mereka tak berniat untuk membeli?
Copywriting.
Semestinya, ia bukanlah satu-satunya sebab kenapa orang tak membeli. Tapi ia merupakan salah satu sebab kenapa orang tidak membeli daripada anda.
Itu sebab copywriting kena power. Kalau tak, keberangkalian untuk orang membeli akan menurun.
Jadi, macam mana nak buat copywriting yang power sampai orang tak sabar nak bagi duit untuk membeli?
Kembali kepada diri kita sendiri.
Dengan siapa yang akan kita beli produk? Bagaimana kita sendiri diajak untuk membeli produk?
Berapa kali kita akan nampak iklan tu sebelum kita tengok betul-betul… dan akhirnya membeli?
Cuba fikir.
Itu pentingnya copywriting power. Ia membantu pembaca untuk membuat keputusan membeli produk anda.
Dan kalau dah ada customer… pastikan anda buat diorang repeat order pula.
Takkan la nak diorang beli sekali je daripada anda kan?
Apa contoh ayat iklan yang menarik yang pernah anda jumpa? Boleh kongsikan dalam komen ye!
Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.
terima kasih, membuat sya lebih faham,
sama2 puan 🙂