Nak Belajar Tulis Iklan?

Nota penulisan iklan yang pernah saya buat dahulu.

Semasa saya membuat artikel ini, saya sedang mendengar soundtrack game Dirt 2 dan memang sedap didengar di telinga. Di hadapan saya ialah sales letter Tips PTD. Saya sedang fikirkan cara untuk mengalahkan formula ultra-dead simple Jamal.

Bila saya terfikir balik, saya mula kenal headline ala soalan ini daripada Shuth, dan pada waktu itu saya sedar tentang style ini dalam Rahsia Kambing.

Saya pernah buat review sales letter Rahsia Kambing dan ianya lebih mudah berbanding surat jualan saya yang brute force (pada waktu itu).

Walaupun sekarang berubah, surat jualan saya masih lagi messy seperti dahulu. Patutlah Shuth tak puas hati ngan salah satu sales letter saya. Heh, my bad.

Headline yang ada di sales letter ini ialah

Memperkenalkan Panduan Belajar Dan Nota Belajar Untuk Peperiksaan Awam Gred 41

Usah Risau Tentang Exam Ini Lagi!

Saya tidak rasa ianya lari dari headline asal. Saya teringat juga John Caple’s 4 tested headline. Ianya berkaitan berita, benefit dan dua lagi saya malas nak ingat balik.

Apabila saya membaca copywriting course, ada yang mengatakan mereka menulis sehingga 25 headline, 50, ada yang sampai seratus. Saya tidak rasa saya pernah tulis sebanyak tu.

Mungkin ada sekali, tapi saya tidak gunakannya untuk klien. Saya gunakan sebagai mock up sales letter BI saya.

Masa saya baca balik sales letter saya, beberapa sales letter yang berjaya mempunyai satu elemen mereka mempunyai flow dan tidak meloncat-loncat. Sebenarnya sales letter Tips PTD boleh dibuat lebih baik tetapi saya tetap meloncat-loncat. Itu tekanan masa lakukan terhadap manusia. Esok pagi lepas makan sembahyang dan buat apa yang perlu saya kena baca dengan kuat sales letter ni. Tengok mana sangkut-sangkut.

Apa yang saya berikan tadi di atas adalah maklumat yang anda tidak akan dapat di mana-mana pun kecuali anda membayar puluhan atau ratusan ringgit kepada copywriter A-level.

Jika saya berjaya 6 daripada 10, yang A-level mungkin berjaya 8 atau 9 daripada 10 bahan promosi mereka buat.

A-level, by the way, ialah penulis iklan yang mendapat $15,000 daripada satu sales letter dan mereka mendapat peratus gross sales. Memang dahsyat diorang punya fee, tapi diorang menjana jutaan, atau puluhan juta untuk klien diorang.

Masa nak tuli sales letter ni memang sakit hati. Kita ibarat melihat orang yang kita tak nampak dan tak kenal sangat. Ada yang berkata kita perlu menulis seperti kepada kawan baik kita. Tapi saya ngan kawan baik saya asyik mencarut je.

Takkanlah saya nak mencarut ngan orang yang tak kenal saya?!

Lepas tu kalau nak tulis, kena juga ingat bukan semua orang negatif dan semua orang positif. Ada yang ultra-negatif, suka dajalkan orang.

Meh, susah hidup. Janganlah jadi copywriter kalau boleh. Ambillah jalan lain. Pasni nak godek2 eBay pula. Nasib baik copywriting dapat bantu. Pastu site flipping pun boleh gak buat. Boleh test apply copywriting dalam semua benda ni.

Korang patut belajar copywriting kalau sempat. Robert W. Bly Copywriter’s Handbook tempat mula yang bagus. Korang patut baca juga Scientific Advertising dan My Life in Advertising. Campur dua buku ni 100 lebih je, berbaloi untuk anda. (Obviously, belilah satu-satu, buat apa beli dua-dua sekali, memanglah mahal! Harga rasanya dah kurang)

Harap-harap dapatlah jual apa yang saya nak jual. Kebanyakan orang tinggal dalam tahap safety (sila baca pasal Maslow’s Hierarchy of Needs), jadi kena fokus kepada betapa selamatnya diorang dapat dan gunakan harapan sebagai fokus.

Tak tahu kalau korang nak gunakan atau tak, tapi dalam ni saya dah beri beberapa rahsia yang menjana klien saya ribuan ringgit. Yang baru-baru ni telah meningkatkan conversion rate sekali ganda. Dan lepas tu sales letter tu hanya riding the trend je.

Satu contoh terbaik hari ini saya boleh bagi ialah Tips PTD/Tips Exam Gred 41. Ada lagi satu saya nak mention ialah Rahsia Flippa, tapi masalahnya blum launch (tapi saya leh jamin produk tu hangat habis pas ni, cuma problem tak tau nak launch bile je)

Sales letter yang hebat akan menggandakan jualan produk hebat.

Produk yang hebat kalau sales letternya hampeh PUN akan dapat sales yang baik, tapi hanya cukup baik untuk sales letter tu sahaja.

Dapatkan yang terbaik dan keluarkan segala potensi produk anda boleh beri. Ibarat minyak dan api. Anda perlu minyak atau bahan bakar yang power untuk nyalakan api yang besar. Minyak itu ialah surat jualan dan api itu ialah… produk anda.

Utilize segala benda merepek yang saya cakap kat dalam ni dan buat jutaan ringgit untuk diri anda.

Pasni saya pun start merempit eBay, start site flipping (kudos to Syed Akmal for his Rahsia Flippa), sambil berClickbank dan memacam lagi.

Anda bila lagi?


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

2 thoughts on “Nak Belajar Tulis Iklan?”

  1. Hi nama sya farah. Sya ingin beljar menulis dlm blog smbil menjana income. Boleh kongsi blog ape yg perlu sya gunakan? Sya skrg mnggunakan blogger untk menulis.

    Reply

Leave a Comment