Cara Mudah Nak Untung Bila Berbisnes

Nak untung?

Semuanya matematik.

Untung lepas tolak.

Rugi lepas tolak semua.

Semua tu matematik.

Kena cuba dapatkan kos setiap unit.

Cuba optimumkan untuk 1 unit tu.

Kemudian, macam mana anda nak gandakan usaha 1 unit tu kepada 2, 4, 8 sampai 1024 kali ganda?

Atau beribu-kali ganda selagi mampu.

Bila anda dapat buat tu… tahniah. Anda telah buat matematik menyebelahi anda.

Apa Yang Perlu Ada Bila Buat Ayat Copywriting?

Nak buat ayat copywriting ni… Kena ada seninya sendiri.

Bayangkan tiba2 orang datang dekat anda, “weh beli sekarang!”

Orang pun tergamam dan ingat anda orang gila.

Nak memaksa pun boleh, tapi orang akan menyampah… dan keberangkalian untuk membeli tu tak tinggi.

Ya lah.

Paksa orang. Ingat orang suka ke?

(Cuba kalau orang paksa kita membeli… memang geram la jawabnya! Menyumpah dalam hati.)

Jadi dalam ni, saya nak ceritakan kepada anda satu teknik copywriting berkesan yang boleh anda guna untuk memudahkan anda membuat ayat copywriting yang menjual.

Tapi sebelum tu, ada beberapa benda yang perlu anda buat untuk memastikan teknik ini berkesan.

Apa dia? Pertama… ni wajib.

Anda WAJIB kenal produk anda.

Anda perlu tahu siapa yang berpotensi untuk membeli produk anda.

Macam yang anda tahu… tak semua orang sesuai untuk membeli apa yang anda jual.

Takkanlah nak jual bra dekat laki bujang yang tak ada pasangan, kan?

Kalau nak jual pada lelaki pun… kena la jual pada orang yang mungkin ada keperluan untuk beli.

Kalau tak, buang duit aje iklankan pada orang yang tak betul.

Jadi sebelum anda gunakan apa-apa yang teknik, anda kena pastikan anda tahu kepada siapa produk anda akan dijual.

Salah tu, susahlah anda.

Jadi apa teknik copywriting berkesan tu?

Teknik ni mudah je sebenarnya.

Cuba jual produk tu pada diri anda sendiri.

Maksudnya?

Cuba anda tengok… atau fikir… produk apa yang telah anda beli selama ini?

Bagaimana produk itu dijual kepada anda?

Sampai anda nak beli produk tersebut?

Itu kuncinya.

Produk itu akhirnya anda beli… dan anda cuba ingat balik bagaimana anda akhirnya membeli produk itu.

Fikir terbalik: Cuba anda jadi pelanggan anda sendiri.

Bagaimana anda akan menjual pada diri anda sendiri. Apa langkah-langkah yang perlu anda ambil… untuk beli produk anda?

Susun iklan ikut langkah-langkah tu. Jangan lupa setiap iklan anda perlu ada AIDA.

Attention. Interest. Desire. Action. Teknik copywriting AIDA ni memang dah lama… tapi ia wujud sampai sekarang kerana satu perkara: ia berkesan. Tarik, mengorat, dan melamar… untuk dapatkan jualan.

Walaupun orang tak membeli, cuba buat pembaca atau penonton iklan anda untuk mengambil satu tindakan kecil.

Tindakan kecik apa yang saya maksudkan? Kalau mereka tak membeli pun… mereka akan ada rasa “teringin” dengan produk anda.

Itu pun satu tindakan. Cuma kita tak dapat nak quantify.

Satu benda yang boleh anda buat ialah… naikkan frequency iklan. Kita tak minat nak makan KFC bila tengok sekali je iklan.

Tapi lepas banyak kali tengok… kita akan rasa terliur. Rasa nak je kepci tu.

Cuba fikirkan. Apa satu benda yang anda boleh buat untuk “timbulkan” perasaan nak beli pembaca atau penonton iklan anda tu.

Dan… Kalau nak baca dan tonton macam-macam strategi, idea, buat ayat copywriting dan buat iklan di Telegram channel saya. Percuma.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

Leave a Comment